I'd rather feel nothing. It's better, it's easier.



Kadang-kadang kita rasa macam lebih baik kita takda perasaan. Lagi bagus, lagi senang. Kan? Kenapa kita nak rasa macam tu? Sebabnya satu je, kita taknak hati kita ni disakiti, dilukai. Sebab apa tau, bila hati kita ni selalu sangat disakiti, dilukai. Lama lama kita boleh jadi heartless. Heartless kenapa? Yela kita boleh jadi kejam dengan diri kita sendiri sebab benarkan orang sesuka hati sakitkan lukakan hati kita.

Kita ada pilihan untuk tidak disakiti dan dilukai. Sebagai contoh, bercinta. Kenapa nak bercinta dengan orang yang tak reti nak hargai kita? yang selalu sakiti hati kita? Kita ada pilihan untuk tinggalkan dia so that kita tak kan disakiti lagi. Tapi tak, sebab kita sayang sangat pada dia. Kita sabar. Kita biarkan hati kita jadi mangsa sedangkan kita taknak disakiti dan dilukai dah.

Kita sebagai manusia selalu sangat abaikan hati dan perasaan kita. Hati dan perasaan kita ni seolah olah tak penting memang stok tolak tepi. Padahal sebenarnya dari sudut hati kita yang paling dalam dah meronta ronta menangis sebab disakiti dan dilukai. Tak kesian ke kat hati dan perasaan awak tu? Hah tak kesian? 

Memang nak jaga hati dan perasaan orang. Bukannya mudah sebab kita punya hati dan perasaan pun tak terjaga. But at least what you can do, tolong jangan sakiti perasaan orang lain. Bayangkan kalau kat tempat orang yang engkau sakiti dan lukai perasaan dia tu. Engkau. Yes, Engkau yang rasa. Baru engkau tahu betapa peritnya perasaan bila disakiti dan dilukai tambah lagi kalau orang yang paling kita sayang, sakitkan hati dan perasaan kita. Oh speechless sakitnya Tuhan sahajalah yang tahu. 

Tapi, orang kata " what you give, you get back " lebih kurang jugak macam " what goes around, comes around " Engkau buat orang jatuh, tersembam, menangis disebabkan engkau. Esok, lusa kita taktahu mungkin engkau pulak yang rasa apa yang orang tu dah rasa. 

Perasaan ni jangan bawak main, sebab dia berkait dengan emosi. So, lagi-lagi perempuan. Kalau rasa lelaki tu memang stok takbolehpakai punya kan just let it go. Tak perlu nak sengsarakan perasaan disebabkan lelaki. Just please don't! so not worth it! Tulah if we feel nothing kan, orang nak sakitkan hati kita everyday pun takpe macam "touch&go" Dah sakitkan hati, boleh blah macam tu je. No pain, no tears u don't feel anything. Just empty feeling maybe. Itu maybe boleh jadi if orang tu dah terlampau banyak kali disakiti kan sampai dia dah tak rasa pape. Dah cemuh katanya la. Itu tahap bahaya dah. Harap, kita semua dijauhi. Jaga hati dan perasaan masing-masing.

Orang tak buat kita, kita jangan buat orang. Apa dapat sakitkan hati orang? Happy ke? I don't think so. Jangan hitamkan hati awak dengan hanya melukakan perasaan orang lain. Setitik air mata orang yang awak sakiti lukai tu jatuh, Berdosa awak tau. 

Tapi, orang yg berkecil hati apabila telah dilukai, disakiti lagi berdosa sebenarnya. Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dengan penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia. Kenapa? Kerana orang yang menghina kita tu sakitkan hati kita tu adalah peringatan daripada Allah. Kenapa kita disakiti oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian tu? Kerana Allah nak mengingatkan kita yang dah leka dengan dunia. 

Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut bermakna kita tidak redha dengan ujian Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah. Lagi parah bila kita cerita pada kawan kawan kita "Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu.. dan sebagainya" dan kawan kita pulak cerita pada kawan kawan lain. "Kesian kawan kita tu,budak tu dah banyak sakitkan hati dia.." jadi keredhaan kita terhadap Allah itu akan lesap. Jadi jangan mudah kita terasa hati, kena tabah kuat. Agak agak nak terasa hati tu, lari cepat cepat jauhkan diri. Kita taknak orang tu berdosa kita pun berdosa jugak. Kita pun manusia lemah jugak, tak kuat nak hati kental je. Tu lah tajuk post ni, better takpayah rasa pape, takde perasaan. Senang. Tak mudah nak terasa hati ke berkecil hati or whatever. 

Okay renungkan.